Halaman

Jumaat, 6 April 2012

Harapan

Hari ini secara rasminya saya mula melancarkan blog ternakan ayam kampung dan petani moden. Harapan saya cukup besar dengan pelancaran laman blog ini. Jika sebelum ini saya hanya melayari laman-laman blog rakan-rakan penternak yan lain, namun hari ini saya ingin turut serta sebagai pemain industri dan menjalinkan rangkaian bersama para penternak dan petani tegar.

Saya berharap dengan adanya laman blog ini akan dapat menjadi antara medium utama dalam pemasaran dan perbincangan secara tidak rasmi antara kalangan peminat dan pemain industri.

Mungkin saya agak lewat melancarkan laman blog ini memandangkan sudah 3 tahun saya berkecimpung dalam dunia ternakan dan pertanian baru kali ini saya tergerak untuk melancarkan laman blog ini. Namun saya percaya bahawa cepat atau lambat bukan satu isu besar. Perkara yang paling penting ialah laman blog harus sentiasa dikemaskini dan terus hidup.

Doa daripada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan dalam membina rangkaian pemasaran dan beberapa input berguna sebagai ilmu kepada yang meminatinya.