Khamis, 9 Ogos 2012
Fasa pertama "banglo ayam" siap.
Alhamdulilah.... Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya fasa pertama pembinaan "banglo ayam" sudah siap. Ia sudah bersedia untuk menerima kehadiran penghuni baru.
Sabtu, 4 Ogos 2012
Seminggu selepas pembinaan
Ini adalah hasil daripada kerja-kerja pembinaan "banglo ayam" yang telah dimulakan sejak seminggu yang lalu. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan. Alhamdulilah, syukur semunya berjalan seperti yang dirancang.
Sabtu, 28 Julai 2012
Kerja-kerja pembinaan "banglo ayam" bermula.
Hari ini kerja-kerja pembinaan awal "banglo ayam" sudah dimulakan. Kerja dilakukan oleh saya sendiri dan dibantu oleh 2 orang rakan saya. Kerja dilakukan pada waktu petang kerana pada sebelah pagi saya mengajar dan 2 lagi rakan saya juga mengajar anak murid pekak dan bisu. (menoreh getah).
Alhamdulilah berkat doa rakan-rakan dan ahli keluarga dapat juga pembinaan banglo ayam ini dimulakan. Insyaallah dalam masa sebulan kerja-kerja ini akan beres sepenuhnya.
Sabtu, 14 Julai 2012
Ayam Bersantai di bawah pepohon pisang.
Kelihatan bapa ayam bersama antara isteri-isterinya sedang bersantai mencari makanan di bawah pepohon pisang. Bapa ayam ini telah membunuh 3 ekor ayam jantan lain (ayam jiran) yang datang mencuba nasib 'mengurat' isteri-isteri dia. Sedar-sedar ayam tu dah terjelepok dan berlumuran darah. Mujur sempat diubati dengan mata pisau. Jadi tidaklah mati sia-sia.
Khamis, 21 Jun 2012
Kelengkapan "Banglo Ayam" sudah tiba.
Semalam semua kelengkapan membina reban baru ayam telah selamat tiba ke kebun saya. Alhamdulilah kelenkapan tiba mengikut kuantiti yang dipesan. Semuanya serba baru kerana usaha saya untuk mencari kayu terpakai gagal. Jadi natijahnya banyak poket kena seluk untuk mnegeluarkan kos.
Semoga dengan ketibaan kelengkapan ini maka akan segeralah terbinanya "banglo ayam" saya nanti. Semakin seronoklah ayam-ayam saya dan diharap dapat memberi pulangan yang berbaloi kepada tuannya.
Sabtu, 9 Jun 2012
Kerja-kerja menaik taraf reban ayam.
Kerja-kerja untuk menaik taraf reban ayam telah dimulakan sejak sebulan yang lalu. Inilah gambaran awal reban yang akan saya cuba siapkan. Luas reban yang akan dibina ialah 15 kaki x 30 kaki. Reban ini akan mampu menempatkan sejumlah ayam 250 ekor.
Doa dari seluruh keluaga dan pembaca amat diperlukan agar pelaksaan projek ini dapat disudahkan dengan secepat mungkin.
Jumaat, 1 Jun 2012
Pembungkusan pisang
Pisang-pisang yang telah mengeluarkan jantung dan buah pisangnya yang telah habis keluar sisir perlu dibungkus bagi mengelakkan serangan serangga dan makhluk perosak. Kerja-kerja pembungkusan memerlukan tangga dan pembalut khas yang sedia ada di pasaran.
Langgan:
Catatan (Atom)




